About Me
- nik
- SHAH ALAM, SELANGOR, Malaysia
- a princess to he small happy family, a mom to 4 kids, a wife to her husband, a queen to her king, a bff to her huby
Saturday, June 2, 2012
Cornflakes vs Oat
Mana nak cari oat yg btk emping berbanding rolled oat ye?
Oat emping ni dia oat yg dipotong nipis2.. Tapi rolled oat pulak oat yg mcm quaker oat tu..
Oat emping lagi bagus dari rolled oat..
Sent from my BlackBerry® Bold5
selamat ulangtahun perkahwinan
✗ nak tdo ye?
Last2 sekali baru perasan, ler, awak x berbedung.. Bedung sat.. Terus dia tdo, pejam mata.. Haa..ibu nak mkn dulu ye.. Abg2 awak pun dah mcm apa kat bawah tu..bising bangar..
Sent from my BlackBerry® Bold5
Friday, June 1, 2012
Thursday, May 31, 2012
Urut hari ke3
Baru sudah hantar tukang urut balik. Hantar kat pintu rumah je.. Hari ni hari ke3 berurut.. Saya amik 5 hari, kalau ikut nak lama2.. Setiap hari masa berpantang pun boleh..sbb blh kurus cpt sikit.. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ;)
sini saya kongsikan Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin
Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak serta-merta. Namum, apabila melalui kelahiran yang banyak, usia pula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan sedemikian berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.
Secara umumnya, wanita yang melahirkan anak berdepan dengan risiko peranakan rendah atau rahim turun. Ini kerana otot pelvis atau tulang kajang akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan. Jika tidak dirawat dari awal, keadaan tersebut boleh menjadi penyebab kepada masalah kerap membuang air kecil atau terkencing apabila batuk, ketawa atau bersin. Jika kelahiran berulang, otot faraj akan semakin longgar sehingga mengakibatkan terjadinya prolaps atau keluar tombong.
Secara fizikal, keadaan urat saraf dan luka kelahiran sama ada secara normal atau pembedahan tidak banyak berbeza. Cuma luka kelahiran secara pembedahan adalah lebih ketara dengan kesan bukaan pada abdomen, tempat di mana bayi dikeluarkan, manakala ibu yang bersalin normal hanya mengalami luka di mulut rahim atau mulut faraj.
Ramai wanita hari ini mengganggap bersalin secara pembedahan tidak meninggalkan kesan longgar pada saluran faraj atau kesan lain pada peranakan, lalu sewenang-wenangnya memendekkan jangka masa berpantang. Dengan itu, jimak dimulakan dengan lebih cepat. Seyogialah diingatkan bahawa sebenarnya, bersalin secara pembedahan memerlukan lebih perhatian perubatan tradisional berbanding bersain secara normal.
Walaupun keadaan darah nifas mengering dan ibu sudah boleh bersuci dengan mandi wajib bagi menjalankan ibadah seperti solat, tetapi tidak semestinya boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan melakukan jimak. Ini kerana seluruh peranakan masih bengkak dan luka jahitan masih mentah. Bagi memulihkannya dengan sempurna, satu jangka masa yang panjang diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya 60 hari. Sebaik-baiknya, setiap ibu bersalin menunggu sehingga melepasi hari yang ke 100 agar seluruh anggota peranakan pulih seperti sediakala, dan sekaligus dapat menjauhi masalah penuaan sebelum masanya. Bagi yang bersalin normal, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa tempoh berpantang selama 60 hari adalah amat penting untuk memilihara mulut rahim serta seluruh peranakan yang masih lemah dan mentah.
Terdapat juga wanita yang mulai berjimak selepas dua minggu bersalin apabila darah nifas sudah kering kerana menurut kefahaman dan nasihat perbidanan moden. Walaupun persetubuhan dilakukan secara lembut, aktiviti tersebut akan mengganggu urat saraf peranakan yang menegang apabila mencapai inzal. Ketegangan urat saraf akan menyebabkan bentan urat, manakala gerakan kucupan mulut rahim akan membuka kesan luka bersalin yang masih dalam proses penyembuhan. Keluaran darah nifas yang lebat atau tumpah darah sering berlaku, sama ada dalam kalangan ibu bersalin normal atau secara pembedahan. Luka-luka jahitan di bahagian lapisan perut serta rahim akan mulai membengkak dan adakalanya jahitan terbertas dan mengakibatkan pendarahan.
Terdapat ramai wanita yang menamatkan pantang selepas 30 hari atau 40 hari bersalin. Walaupun didapati tidak berbahaya, tindakan tersebut memberi kesan yang buruk terhadap kewanitaannya. Keseluruhan peranakan, iaitu rahim, tiub Fallopio serta ovari yang masih belum pulih akan kembali membengkak, urat saraf akan menegang dan mulut rahim akan tersembul merkah dan mentah. Mungkin posisi rahim akan terganggu kerana organ tersebut baru sahaja mengecut dan walaupun sudah kembali ke tempat asal, kedudukannya masih belum mantap.
Aktiviti berjimak akan menarik turun posisi rahim ke peringkat peranak rendah atau prolaps tahap pertama. Ibu akan terasa berat di bahagian pelvis atau ari-ari dan kurang selesa apabila membuang air kecil dan adakalanya kerap membuang air kecil. Lama-kelamaan ini menimbulkan rasa lenguh atau sakit pinggang, bisa-bisa betis serta sakit tumit, badan terasa berat, letih selain bisa otot dan sendi. Apabila sampai ke peringkat yang serius, bahagian lutut terganggu oleh rasa sakit dan bisa serta bengkak. Gangguan di bahagian lutut menandakan berlakunya kelemahan di bahagian peranakan.
Oleh yang demikian, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa ibu bersalin normal dipantangkan berjimak sehingga 44 hari. Difahamkan pada hari ke 44 pantang bersalin, segala urat saraf peranakan kembali memperkemas kemantapannya dan berada dalam proses penyembuhan peringkat terakhir serta berkeadaan lemah. Semasa itu, ibu dilarang ke mana-mana dan perlu berehat. Jika terjadi kemalangan seperti terseliuh kaki, tersepak ibu jari atau jatuh terduduk, keadaan tersebut sukar dirawat. Ada ibu yang berjalan tempang atau lumpuh kerana bentan urat sum, iaitu tersentap urat besar di bahagian pinggul. Ada juga yang keluar tombong kerana terhentak punggung dengan kuat dan kejadian ini menyebabkan penderitaan selama-lamanya. Kejadian ini bukalah kisah dongeng, tetapi telah banyak berlaku, terutama pada zaman ini. Ibu yang kemalangan ini mesti mendapatkan rawatan awal daripada pakar urut perbidanan. Walaupun dapat disembuhkan, kesannya, ibu tersebut cepat laih dan makan tua sebelum usia.
Lazimnya, hari yang ke 45 ialah hari kelepasan tempoh pantang ibu bersalin normal. Untuk ibu bersalin secara pembedahan, hari kelepasannya ialah hari yang ke 50. Pada masa yang tersebut, ibu boleh kembali melayan suami dengan mesra secara mana yang diinginkan. Bagaimanapun, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa sebaik-baik hari kelepasan pantang bagi ibu bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan adalah pada hari yang ke 101 kerana telah terbukti berkesan melambatkan proses penuaan, disamping memelihara tahap kesihatan.
Sumber diambil dari sini: http://bidanbersalin.blogspot.com
Kalau sesiapa yg dok area shah alam, nak tukang urut, saya boleh rekemen kak yati ni. Dia blh dtg ke rumah. Caj dia rm50/urut.
Sent from my BlackBerry® Bold5
Sape nak baju free? Klik cepat.
Actually, saya juga tgh sort baju2 kurung yg saya dah x blh pakai..hehe..paham2 la, lepas anak 4 ni, potongan agak berlari2 sikit.. Jadi mana2 baju yg dah xleh sarung tu, kalo dok simpan dlm almari nnti, makin sesak almari cenonet tu.. So suh maid buh dlm kotak.. Cadang nak derma je kat sape2..
Ada sesiapa tau x?
Sent from my BlackBerry® Bold5
Wednesday, May 30, 2012
Tips bercd untuk newborn baby
Sent from my BlackBerry® Bold5
Susu perahan - selepas menyusu
Hasil perahan selepas ary menyusu dan sambil update blog cd saya..(Latest saya cite tentang simplex newborn)..
Alhamdulillah.. Saya dah mula kumpul stok susu perahan sedikit2.. Xde la rushing sampai nak kumpul 20oz sehari atau lebih.. Sehari dalam 4 oz je.. Dan akan ditambah kuantitinya dari masa ke masa. Nak practise dulu..
Bukan apa.kalau pulun skrg pun, susu perahan saya ni tahan 3 bulan plg max, makanya bila dah mula kerja, susu ni dah xpired.. Jadi susu yg saya perah bulan ni, cukup la utk top up bila saya ada keluar sebentar bila dah habis pantang nnti.
Skrg saya masih belum amalkan bangun di waktu malam utk perah susu. Tapi saya akan perah awal2 pagi selepas subuh lepas ary dah menyusu..
Pada ibu yang menyusu, awal2 kelahiran ni, kita perah susu bukan utk semata2 nak wat stok, tapi utk stimulate pengeluaran susu yg lebih byk dan utk kosongkan payudara kita. Bila payudara kosong, jadi lebih byk susu yg akan dihasilkan.
Sent from my BlackBerry® Bold5
Tuesday, May 29, 2012
Puisi dari TGNA
Aku merayu padaMu sepanjang malam – segala penderitaan yang aku pikul..
Aku bermadah Kamu adalah tumpuanku bila saja bala menimpa
Hanya Kamu sahajalah tempat aku berpaut
Aku mengadu padaMu aneka penderitaan Kamu tentu tahu sepenuhnya
Kesabaranku sudah mula luntur, daya tenagaku sudah mula lemah…
Sekarang, padaMu aku menadah tangan dengan cukup hina,
Oh Zat yang memang layak sepenuhnya untuk ditadah…
Justeru pohonlah ya Rabbi, janganlah biarkan tadahanku tidak berisi..
Limpah kurniaanMu seluas lautan, akan memuaskan siapa saja yang yang menghirupnya
Sent from my BlackBerry® Bold5
Mengenai Cloth Diaper/ Lampin Kain Moden
Bukan nak promote beli cd tp sebagai mengabadikan minat saya pada cloth diaper sambil membantu ibu2 yg baru berjinak2 menggunakan cloth diaper, bolehla ke blog yg saya buat khas utk cloth diaper sahaja.
---> www.mylampinkain.wordpress.com
Happy reading.. Boleh tanya kalau ✗ faham..
Sent from my BlackBerry® Bold5
Risau
Tapi, bila malam je..mata dia celik.. Hayya..ary, ini macam ka?
Ada bende baru dalam rumah ni skrg.. Nnti next post saya cite..
Sent from my BlackBerry® Bold5
Doa utk tambah susu badan
Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan
P/s:Doa utk tambah susu formula. Baca doa seribu dinar. Moga rezeki bertambah.. Dpt beli susu formula.
Sent from my BlackBerry® Bold5
Fakta tentang jaundis
1. Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilrubin. Bilrubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.
2. Baby jaundice disebabkan oleh hati baby yang belum matang untuk memproses sel darah yang terurai itu. Ujian darah dilakukan untuk menguji tahap kandungan billrubin dalam badan baby. Bacaan 230 dan kebawah adalah normal. Kalau bacaan melebihi 230 dan keatas, perlukan rawatan segera. (*note: Bacaan kandungan billrubin pada baby Darwisya adalah 330 ketika diadmit di Pusrawi)
3. Ibu yg berdarah jenis 'O' adalah faktor utama anak jaundis.
4. Statistik menunjukkan baby jaundis berlaku sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.
5. Baby yang kena jaundis kerap tidur. Jangan bagi baby tidur sangat di awal kelahiran Usik2 selalu. Biar menangis, sebab baby yang tidak aktif, tidur jer mudah kena jaundis, sebab hati lambat berfungsi.
6. Jaundis akan menurun selepas hari ke 14 tapi kalau lebih maybe ada jangkitan yg lain.
So in summary jaundice dalam bahasa mudah orang melayu adalah penyakit kuning. Ingat yea, penyakit kuning & demam kuning adalah dua penyakit yang berbeza. Pandai-pandai lah korang(err.. silap, aku) google cari definition tu.
Pencegahan:
1. Breastfeed (susu ibu) is the most effective method. But in my case, doesn't really work, sebab baby Darwisaya berat masa lahir cuma 2.25kg, which is according to doctor agak kecil and probability untuk kena jaundice amatlah tinggi. Itu yang last-last kena gak tu.
2 . Doktor amat 'pantang' kalau sebut pasal jamu. So, faham-faham je lah, selagi kat hospital and breastfeed baby, jangan le nak memandai nak makan jamu.
3. Jika tahap billrubin dah cecah tahap bahaya, maka normal medical treatment kat hospital ialah fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.
Amalan dan petua tradisional
Hah.. ini pula amalan tradisonal or petua orang-orang tua untuk mengubat. Aku susun ikut rank dari yang paling berkesan ke kurang berkesan. Ini based on research aku dari forum2 di internet.
1. Susu kambing. Tapi kalau doctor tahu, sure kena marah kow-kow punya. Sebab:
(i). susu kambing banyak sangat protein, Badan baby yang masih kecil, tak mampu memproses protein berlebihan. So akan memudaratkan baby, especially hati.
(ii). Susu kambing tu dah dispateur ke tak? Nanti takut tercemar. So kalau nak bagi juga, berilah 2-3 titik sehari sahaja kepada baby.
2. Mandikan dgn air daun dukung anak. Daun ni senang nak cari kat kawasan yg banyak rumput2. Daun dia mcm daun semalu tapi kat bahagian belakang batang dia tu mcm ada biji2 dan tak berduri. Senang jer nak jumpa.
3. Jemur kat matahari. Tapi bukan direct ya. Nanti sunburn lak baby tu. Lagipun zaman sekaran tahap ozon dah nipis. Buka baju & seluar baby. Cuma pakai pampers sahaja. Dekatkan baby pada kawasan cahaya matahari pagi sekitar jam 8-10 pagi saja.. Biarkan baby kena cahaya matahri sekitar 5 -1 0 minit setiap hari.
4. Minum air rebusan sengkuang cina, dlm 2/3 sudu kecil
5. Mandi dengan air rebusan daun kuchai.
6. Minum air buah kundur. Cari buah kundur, isinya direbus & beri minum kat baby. Insyaallah, kalau kena demam kuning akan hilang dan kalau belum kena akan terus tak kena. Buah kundur kalau sesapa tak kenal, warnanya hijau lepas tu ada putih2 cam bedak kat luar dia. lebih kurang besar honey dew. Kat Giant dia tulis Lotus Root.
7. Mandi dengan air daun belimbing buluh (alaa... yang orang selalu masak lemak cili padi tu), sejukkan airnya selepas itu mandikan baby tu. Jgn campur air tu dgn air lain untuk sejukkan dia.
8. Mandi dengan rebusan air buah keranda. Pergi kekedai ubat cina,minta ubat untuk demam kuning atau jaundis( buah keranda tu) Buah tu bila direbus, akan bewarna kuning.
Sent from my BlackBerry® Bold5
cloth diaper blogshop
- ros ummikid
- hana sweet baby
- syokbeli
- mydearshoppe
- miela77
- mamalutfi
- mamapayish
- mamacygbaby
- lampinkainshop
- kenapaCD
- inhousebelibelah
- happycding
- fazakhapu3
- CD n all
- cheapcd
- info CD malaysia
- shiniescd
- cdmodencollections
- ibuazshoppe
- mysunshine
- moderncutie
- m7k
- afendie
- lampin kain
- urbabystore
- liza
- Maryaaa
- GH
- dyanaCD
- KS
- lampin kain
- wuddah
- babyzara
- littlehoney
- babyhanan
- lunatot
- medai store
- kaklong nuzula
- bizmummy
- Rita
Popular Posts
-
Di sini saya sediakan manual bagaimana untuk mencuci cd yg telah digunakan. Mula-mula, apabila menerima CD yang baru dibeli, anda perlu bu...
-
DIARI SUSU IBU: Petua banyakkan penghasilan susu, ada yg jalan ada yg tak: ni sume mengikut pengalaman ku yang tak seberapa ni.. 1)Makan K...
-
Bermula 31 Julai 2009 a.k.a ESOK ade jualan gudang ANAKKU kat kilang Anakku kat KG JAWA.. jom beramai2 ke sana.. apa yang ku beli dari j...
-
Setelah melalui beberapa perbincangan dan membaca pendapat rakan2 di alam maya, saya begitu couries nak tau tentang fabrik bamboo ni. rujuk...
-
Kelebihan C r a z y M o m y Cloth Diapers >Kualiti jahitan yang kemas >Mempunyai laundry tab >Insert yang tebal dan panjang >Warna2 menar...
-
Salam...Ada benda baru untuk dikongsikan bersama. pergh!! bau dia memang semulajadi,,bagi yang sukakan mandian2 herba. apa salahnya jika men...
-
Sesi fotografi ni utk majalah sekolah, pada Khamis 12 Ogos 2010. Panas terik kaw kaw!! pixel agak kecik..siap ko mudzil.. ______________...
-
diaper cover adalah sejenis cd juga cuma dia tiada poket utk isi insert. Antara diaper cover yg ada adalah (yang ada dlm koleksi nik):...
-
Ini adalah koleksi cookware ku yang terbaru..sangat cantik, stainless steel lagi.. ku beli set ni dari cikgu kat sekolah dan ni kira ku saje...
-
aloha...ni dia koleksis CD2 ku..tak le banyak mana..bila di nisbahkan apabila ku berCD pada 2 anak terunaku.. kat umah mmg guna Cd la..cuma ...
TEMPOH PENYIMPANAN SUSU IBU
1. Suhu bilik
- Suhu 25 'C- 37 'C = 4 Jam
- Suhu 15 'C-25'C (Aircond) = 8 Jam
2. Peti Sejuk (Rak Atas)
- Suhu 2 'C - 4 'C = 3-5 hari
3. Peti Sejuk (1 pintu)
- bahagian beku = 2 Minggu
4. Peti Sejuk (2 pintu)
- Suhu -20 'C (bhgn beku) = 3 bulan
- Susu beku yang dicairkan dalam peti sejuk rak atas 2 pintu = 24 jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula)
4. Peti Sejuk Deep Freezer = 6 Bulan
@ BREASTFEEDING INFO
My Buddy
-
-
-
Tidur bergaya9 hours ago
-
Mission possible1 day ago
-
-
-
-
MAS : ALL ABOUT US?1 day ago
-
-
Mangga Muda1 day ago
-
Kena saman ekor1 day ago
-
-
Selamat Hari Lahir Kak Long Yg Ke-82 days ago
-
-
-
4yrs together.3 days ago
-
Tudung Khayra Tajimah4 days ago
-
it's bout friendship.4 days ago
-
2 years 2 days4 days ago
-
-
-
'Happy 4th Anniversary'1 week ago
-
testing1 week ago
-
-
-
Aktiviti: Mei 20122 weeks ago
-
-
-
Rindu :)3 weeks ago
-
-
-
Tips Perniagaan Rasulullah S.A.W1 month ago
-
Kain Gendongan1 month ago
-
Keli Masak Taucu2 months ago
-
Pekabar2 months ago
-
Penyusuan: Kembalikan Fitrah Sebenar2 months ago
-
Cuti berpantang dan stok susu2 months ago
-
Testing2 months ago
-
Luahan Hati3 months ago
-
-
Putih atau coklat?4 months ago
-
Today Is My 29th Birthday4 months ago
-
PREGNANT AGAIN (^__^)4 months ago
-
Dah selesai!4 months ago
-
-
-
Popcorn caramel4 months ago
-
Esok sekolah!4 months ago
-
-
APAM MEKAR PENANG6 months ago
-
-
-
-
PEMENANG MENCIPTA LOGO UMMI CREATES10 months ago
-
-
Gulliver's Travel1 year ago
-
-
Pindah blog1 year ago
-
Cira @ Putrajaya1 year ago
-
Giveaway : Baby In Style1 year ago
-
MESIN PENCURI MASA1 year ago
-
-
-
Pulau Lang Tengah ~ Day 21 year ago
-
Birthday yang lampau1 year ago
-
-
Testing2 years ago
-
-
Alfalfa2 years ago
-
-
Blog Archive
-
▼
2012
(19)
-
►
May
(14)
- Urut hari ke3
- Sape nak baju free? Klik cepat.
- Tips bercd untuk newborn baby
- Susu perahan - selepas menyusu
- Puisi dari TGNA
- Mengenai Cloth Diaper/ Lampin Kain Moden
- Risau
- Perlu ke reply sms ni?
- Doa utk tambah susu badan
- Fakta tentang jaundis
- Fakta tentang jaundis
- Admit kerana jaundis
- Aryan Safaraz
- Trial post
-
►
May
(14)
-
►
2010
(83)
-
►
October
(14)
- SAYA TERINGIN TAPI RASANYA TAK MAMPU.
- BAHAYANYA LAMPAIN PAKAI BUANG, TUALA WANITA PAKAI ...
- Susah ke bangun solat SuBUH?
- KRITERIA PEMILIHAN CLOTH DIAPER
- BERTUKAR KERJAYA
- PENYEBAB JAUNDIS SUSU IBU?
- Apa Yang Perlu Dibuat Sekiranya Bayi Anda Menghida...
- Bagaimana jaundis dirawat
- adam suspect breastmilk jaundis part 2
- Jaundis - Risikonya pada bayi baru lahir
- adam suspect breastmilk jaundis part1
- enjoy bf adam
- persediaan susu ibu untuk dibawa ke taska
- balik home
-
►
October
(14)










